Monday 3 December 2012

Pendirian Politik


Assalamualaikum sahabat2 sekalian.
Sempena PRU-13, aku nak post sikit pasal politik tapi sebenarnya aku tak minat pun pasal politik. Tapi jangan judge aku ni orang 'sekian2' sebab tak minat politik. Aku cuma tak minat politik Malaysia ni terutamanya yang ada kaitan dengan demokrasi ni sebab bagi aku demokrasi ni memecah belahkan ummat sedangkan Nabi Muhammad SAW nak satukan ummat.

Sebenarnya aku pembangkang kepada BN ni sendiri tapi aku tak bangkang cara Pakatan Rakyat dan kadang2 aku juga pembangkang kepada Pakatan Rakyat tapi aku tak bangkang cara BN. Senang cerita aku tak sokong mana2 cuma aku sokong yang mana lebih membawa kepentingan dan keselamatan untuk agama.

Sebagai contoh, jika calon dari PR dan BN bertanding, kita nak pilih mana satu ? Kalau undi PR negeri tu dapat kat pemimpin orang kafir(DAP). Kalau undi BN pulak negeri tu dapat kat pemimpin orang Islam(UMNO). Jadi aku akan pilih BN sebab aku lebih suka orang Islam yang menjadi pemimpin kerana seorang muslim itu lebih baik daripada jutaan orang kafir walaupun orang Muslim itu seorang yang fasik. Aku highlight kan MUSLIM kat sini bukan MELAYU. Kalau orang cina atau india jadi pemimpin pun aku tak kisah selagi dia seorang Muslim.

Lagi satu contoh, seorang lelaki yang fasik(UMNO) vs seorang ustazah (PAS). Aku akan pilih UMNO jugak sebab dalam Islam mengharamkan seorang perempuan menjadi pemimpin masyarakat. Sebenarnya aku malas nak taip panjang2 lagi, jadi aku akan copy and paste status fb seorang ustaz ni untuk dikongsikan kepada anda semua. Rajin2 la baca ye..

Statusnya berbunyi begini :

Ini pendirianku dalam politik,begitu juga pendirian muhaddis besar dan ulama besar seperti Syeikh Muhammad Zakariyya Khandahlawi,Syeikh Asyraf Ali Thanwi,Syeikh Yusuf khandahlawi,Syeikh ilyas Khandahlawi,Syeikhul hadis mufti radhaul haq,Maulana sulaiman moola,maulana ibrahim desai,Syeikh Yusuf Benori,Abuya Maliki al-Makki dan seluruh angkatan ulama khandahlawi,angkatan ulama afrika selatan dan sebahagian angkatan ulama deobandi,Habib Umar bin Hafiz,Habib Munzir,Habib Ali Jufri dan seluruh angkatan ulama ba'lawi,begitu juga Syeikh Nuruddin Al-Banjari dan angkatan beberapa pondok dan madrasah di malaysia...

Tolong jangan samakan politik yahudi dengan politik nabi....mengaji dulu apa beza kedua-duanya....

ulama2 di atas menolak politik yahudi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah rasulullah,mahabbah sunnah dan mahabbah umattu rasulillah.....

kita hadapi pemimpin zalim seperti umno,para sahabat juga pernah hadapi pemimpin zalim seperti hajjaj bin yusuf,tapi apa tindakan kita berhadapan dengan umno,dan apa tindakan para sahabat berhadapan dgn hajjaj...dan antara kedua2 tareqah(jalan) penyelesaian ini,yang mana satu lebih disukai,diredhai dan mengikut piawaian yang ditetapkan allah dan rasul..
mari kita mengikut jejak nabi dan sahabat nabi saw...

sollu 'alan nabiyy.....

amaran: kepada yang taksub dengan politik,jangan parking sini sebab perintah-perintah nabi ini bakal meremukkan hati kalian lalu jika kalian bangkang sekaligus membangkang rasulullah........

sila baca dengan nada tenang dan bukan nada provokasi.....

-dalil qat'ie yang 100% diambil dari hadis sahih-

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg ditindas oleh penguasanya maka
hendaknya ia bersabar, sungguh barangsiapa yg keluar dari perintah sultan
(penguasa) sejengkal saja maka ia mati dalam kematian jahiliyah” (Shahih Bukhari
Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg melihat kesalahan pada penguasanya yg
tidak disukainya maka hendaknya ia bersabar, sungguh barangsiapa yg
memisahkan diri dari kelompoknya lalu ia wafat maka ia wafat dengan kematian
jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

berkata zubair bin Adiy ra : kami mendatangi Anas bin Malik mengadukan
kekejian Hajjaj dan kejahatannya pada kami, maka berkata Anas ra : “Bersabarlah
kalian, karena tiadalah datang masa kecuali yg sesudahnya akan lebih buruk,
sampai kalian akan menemui Tuhan kalian, kudengar ini dari Nabi kalian
(Muhammad saw)” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg mengangkat senjata diantara kita
(memerangi sesama islam) maka bukan dari golongan kita” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw : “Janganlah kalian kembali pada kekufuran setelah aku
wafat dengan saling bunuh(bergaduh) satu sama lain” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg melihat pada penguasanya sesuatu yg tak
ia sukai dari kemungkaran hendaknya ia bersabar, sungguh tiadalah seseorang
memisahkan diri dari jamaah muslimin lalu ia wafat maka ia wafat dengan
kematian jahilyah” (Shahih Bukhari Bab Ahkam)

Sabda Rasulullah saw : “dengar dan patuhlah bagi seorang muslim selama ia tak
diperintah berbuat maksiat, bila ia diperintah berbuat maksiat maka tak perlu
dengar dan patuh” (Shahih Bukhari Bab Ahkam)

Kesimpulannya adalah Rasulullah saw dan kesemua para Imam dan Muhaddits
ahlussunnah waljamaah tidak satupun menyerukan pemberontakan dan perpecahan umat mengikut parti,
selama pemimpin mereka muslim maka jika diperintah maksiat mereka tidak
perlu taat, bila diperintah selain dosa maka mereka taati..
bagi ulama yang memperjuangkan parti seperti ulama pas,itu satu ijtihad mereka dan kita tidak salah kan mereka bahkan kita menghormati mereka dan semangat mereka ingin perjuangkan islam,jadi dalam soal ni,kita kena berlapang dada,pejuang politik tak boleh sama sekali mencela ahli sunnah wal jamaah yang tidak ikut perjuangkan politik tapi lebih perjuangkan sunnah2 nabi dan kesatuan ummah atas nama islam kerana mereka ada dalil yang kuat dari lidah nabi sendiri...
manakala pejuang sunnah pula tidak layak mencela ijtihad pejuang parti kerana ijtihad dibenarkan dalam islam walaupun semua dalil mereka zhon(diragukan) dan tiada tsabit secara qat'ie sampai kepada rasulullah kerana tidak ada hadis yang bersetuju dengan sistem demokrasi dan politik kepartian...
untuk melihat hadis-hadis nabi berkenaan penolakan rasulullah terhadap sistem demokrasi dan juga sistem "undilah saya",sila rujuk kitab muntakhab ahadith bab ikramul muslimin tulisan syeikhul hadis maulana muahmmad yusuf khandahlawi dan juga kitab hayatus sohabah ditulis pengarang yang sama,serta sedikit di dalam kitab futuhussyam tulisan imam al-waqidi.

perjuangan parti islam ialah ijtihad yang kita hormati kerana bagi mereka ia satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim,dan kita juga mengundi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dari negara demokrasi,tapi kami tidak iktikad ia sebagai sebuah perjuangan sebenar....

kami(para ahlu sunnah) lebih kepada mentarbiyyah umat berkenaan akidah yang sahih,feqah yang sahih,dan tasawuf yang sahih,menumpukan perintah allah yang besar seperti solat,puasa,zakat,haji,adab,akhlak seperti yang ditarbiyyah rasulullah...kerana tak masuk neraka kalau tak mengundi dan ikut perjuangan parti,tapi konfem masuk neraka orang yang tak solat,puasa dan lain-lain....
jadi perkara yang lebih penting ditumpukan....

jika kami dapat berlapang dada dan menghormati perjuangan parti..maka pejuang parti jangan lah mencela kami...... 

note: nabi menjawab dan daku tunduk akur pada kekasih agung ku....

jangan menyokong dan jangan menentang.....itu akhlak nabi saw......


-Tamat-
Semoga kita semua diberi kefahaman mengenai perkara ini, insyaAllah.

4 comments:

  1. Pandangan Saudara tak menggambarkan Jemaah Islam. Kemenangan Islam hanya melalui Jemaah. Kalau saudara dalam Jamaah yang diketua oleh seorang Pemimpin yang adil tetapi telah memilih seorang kafir Zimmi sebagai ketua di kawasan anda kerana sebab tertentu dan anda telah menolak keputusan itu dengan memilih seorang yang Fasik dan memusuhi Jemaah apa Hukumnya. Setahu saya kalau dalam peperangan di panggil MURTAD. Islam Tidak Jumud Yang Jumud.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca dulu yg tulisan kaler putih tu sampai habis dan fahamkn.

      Delete
  2. haha, betul tu arzermey, si wira bangsa ni x paham agaknya.. bese orang yang komen pelik2 ni ada tiga kategori..
    1) x baca habis
    2) x faham apa yang dia baca
    3) memang jenis yang taksub dgn kepartian politik.

    ^_^

    ReplyDelete
  3. Semua dalil yg anda lampirkan itu( tulisan putih) tidak relevan dlm kontek umno(bn).beza umno dgn hajjaj ialah hukum hudud(hukum Islam).beliau laksana hukum hudud Tapi umno menentang.Mana sama.......

    Kami bukan tolak hadis tu tapi tolak hujjah anda yg nak samakan umno dgn hajjaj.

    ReplyDelete