Monday 3 December 2012

Cakap, Cakap dan Cakap Lagi



Assalamualaikum sahabat2 sekalian..

Nabi SAW pernah bersabda perbanyakkanlah ucapan kalimah LAILAHAILALLAH untuk memperbaharui iman kamu. Maksud kalimah ini sungguh luas sebenarnya saudara2, dengan kalimah ini juga kita nak yakin bahawa kat dunia ni hanya Allah yang berkuasa ! Selain daripada Allah iaitu makhluk langsung xde kuasa ! Jadi kita nak pupuk keyakinan ini di dalam hati kita. Jadi kita perlu selalu mengucapkannya selalu tanpa rasa malu dan jemu !

Cara-caranya ialah dakwahkan ayat2 di bawah ni tiap2 hari kepada saudara2 Islam kita, ulama' kata sekurang-kurangnya 25 orang tapi kalau xde orang nak dakwah, kat diri sendiri pun jadilah asalkan kita dakwah lagi dan lagi, cakap lagi dan lagi supaya apa yang kita cakapkan masuk dalam hati kita.. insyaAllah

Ayat2 yang sangat simple !

Bkn MAKANAN bg kenyang tp ALLAH bg kenyang,
Bkn MINUMAN bg hilang dahaga tp ALLAH bg hilang dahaga,

Bkn UBAT bg sembuh tp ALLAH bg sembuh,
Bkn RACUN bg mudharat tp ALLAH bg mudharat,
Bkn PANGKAT bg kemuliaan tp ALLAH bg kemuliaan,
Bkn DUIT bg manfaat tp ALLAH bg manfaat,
Bkn KERJA bg rezeki tp ALLAH bg rezeki,
Bkn BOS bg gaji tp ALLAH bg gaji,
Bkn MATAHARI bg cahaya tp ALLAH bg cahaya,
Bkn API bg panas tp ALLAH bg panas,
Bkn AIS bg sejuk tp ALLAH bg sejuk,
Bkn MATA bg nmpk tp ALLAH bg nmpk,
Bkn TELINGA bg dgr tp ALLAH bg dengar,
Bkn HIDUNG bg nafas tp ALLAH bg nafas,
Bkn JANTUNG bg nyawa tp ALLAH bg nyawa,
Bkn ENJIN bg kereta jln tp ALLAH bg kereta jln,
Bkn RODA bg pusing tp ALLAH bg pusing,
Bkn MADU bg MANIS tp ALLAH bg manis,
Bkn GULA bg sweet tp ALLAH bg sweet,
Bkn GARAM bg masin tp ALLAH bg masin,
Bkn AIRCOND bg dingin tp ALLAH bg dingin,
Bkn KIPAS bg angin tp ALLAH bg angin,
Bkn ANAK BINI bg bahagia tp ALLAH bg bahagia,
Bkn MUZIK bg tenang tp ALLAH bg tenang,
Bkn KEPAK bg terbang tp ALLAH bg terbang,
Bkn AWAN bg hujan tp ALLAH bg hujan,

Kita lakukan tiap2 hari, isbat Allah dalam hati kita dan nafikan makhluk yang sering bertakhta dalam hati kita. Bila kebesaran Allah masuk dalam hati kita maka kebesaran makhluk akan lenyap serta merta. Kita dakwahkan sampai mulut kita terima, sampai lidah kita terima, sampai tekak kita terima, sampai hati kita terima dan sampai Allah terima dan redha terhadap kita insyaAllah ! Kita cakap lagi dan lagi sampai masuk dalam hati sehinggalah kita tiada lagi di dunia ini.

Apabila kebesaran2 dan keagungan2 Allah ada dalam hati kita dan bibir kita juga selalu menyebut kalimah Allah, insyaAllah apabila malaikat izrail datang untuk mengambil nyawa kita kalimah Allah juga yang akan keluar daripada mulut kita.

Nabi SAW bersabda sesiapa yang mengucapkan kalimah LAILAHAILALLAH pada akhir kalam maka wajib syurga baginya.

InsyaAllah sama-sama kita usahakan !

Pendirian Politik


Assalamualaikum sahabat2 sekalian.
Sempena PRU-13, aku nak post sikit pasal politik tapi sebenarnya aku tak minat pun pasal politik. Tapi jangan judge aku ni orang 'sekian2' sebab tak minat politik. Aku cuma tak minat politik Malaysia ni terutamanya yang ada kaitan dengan demokrasi ni sebab bagi aku demokrasi ni memecah belahkan ummat sedangkan Nabi Muhammad SAW nak satukan ummat.

Sebenarnya aku pembangkang kepada BN ni sendiri tapi aku tak bangkang cara Pakatan Rakyat dan kadang2 aku juga pembangkang kepada Pakatan Rakyat tapi aku tak bangkang cara BN. Senang cerita aku tak sokong mana2 cuma aku sokong yang mana lebih membawa kepentingan dan keselamatan untuk agama.

Sebagai contoh, jika calon dari PR dan BN bertanding, kita nak pilih mana satu ? Kalau undi PR negeri tu dapat kat pemimpin orang kafir(DAP). Kalau undi BN pulak negeri tu dapat kat pemimpin orang Islam(UMNO). Jadi aku akan pilih BN sebab aku lebih suka orang Islam yang menjadi pemimpin kerana seorang muslim itu lebih baik daripada jutaan orang kafir walaupun orang Muslim itu seorang yang fasik. Aku highlight kan MUSLIM kat sini bukan MELAYU. Kalau orang cina atau india jadi pemimpin pun aku tak kisah selagi dia seorang Muslim.

Lagi satu contoh, seorang lelaki yang fasik(UMNO) vs seorang ustazah (PAS). Aku akan pilih UMNO jugak sebab dalam Islam mengharamkan seorang perempuan menjadi pemimpin masyarakat. Sebenarnya aku malas nak taip panjang2 lagi, jadi aku akan copy and paste status fb seorang ustaz ni untuk dikongsikan kepada anda semua. Rajin2 la baca ye..

Statusnya berbunyi begini :

Ini pendirianku dalam politik,begitu juga pendirian muhaddis besar dan ulama besar seperti Syeikh Muhammad Zakariyya Khandahlawi,Syeikh Asyraf Ali Thanwi,Syeikh Yusuf khandahlawi,Syeikh ilyas Khandahlawi,Syeikhul hadis mufti radhaul haq,Maulana sulaiman moola,maulana ibrahim desai,Syeikh Yusuf Benori,Abuya Maliki al-Makki dan seluruh angkatan ulama khandahlawi,angkatan ulama afrika selatan dan sebahagian angkatan ulama deobandi,Habib Umar bin Hafiz,Habib Munzir,Habib Ali Jufri dan seluruh angkatan ulama ba'lawi,begitu juga Syeikh Nuruddin Al-Banjari dan angkatan beberapa pondok dan madrasah di malaysia...

Tolong jangan samakan politik yahudi dengan politik nabi....mengaji dulu apa beza kedua-duanya....

ulama2 di atas menolak politik yahudi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah rasulullah,mahabbah sunnah dan mahabbah umattu rasulillah.....

kita hadapi pemimpin zalim seperti umno,para sahabat juga pernah hadapi pemimpin zalim seperti hajjaj bin yusuf,tapi apa tindakan kita berhadapan dengan umno,dan apa tindakan para sahabat berhadapan dgn hajjaj...dan antara kedua2 tareqah(jalan) penyelesaian ini,yang mana satu lebih disukai,diredhai dan mengikut piawaian yang ditetapkan allah dan rasul..
mari kita mengikut jejak nabi dan sahabat nabi saw...

sollu 'alan nabiyy.....

amaran: kepada yang taksub dengan politik,jangan parking sini sebab perintah-perintah nabi ini bakal meremukkan hati kalian lalu jika kalian bangkang sekaligus membangkang rasulullah........

sila baca dengan nada tenang dan bukan nada provokasi.....

-dalil qat'ie yang 100% diambil dari hadis sahih-

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg ditindas oleh penguasanya maka
hendaknya ia bersabar, sungguh barangsiapa yg keluar dari perintah sultan
(penguasa) sejengkal saja maka ia mati dalam kematian jahiliyah” (Shahih Bukhari
Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg melihat kesalahan pada penguasanya yg
tidak disukainya maka hendaknya ia bersabar, sungguh barangsiapa yg
memisahkan diri dari kelompoknya lalu ia wafat maka ia wafat dengan kematian
jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

berkata zubair bin Adiy ra : kami mendatangi Anas bin Malik mengadukan
kekejian Hajjaj dan kejahatannya pada kami, maka berkata Anas ra : “Bersabarlah
kalian, karena tiadalah datang masa kecuali yg sesudahnya akan lebih buruk,
sampai kalian akan menemui Tuhan kalian, kudengar ini dari Nabi kalian
(Muhammad saw)” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg mengangkat senjata diantara kita
(memerangi sesama islam) maka bukan dari golongan kita” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw : “Janganlah kalian kembali pada kekufuran setelah aku
wafat dengan saling bunuh(bergaduh) satu sama lain” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yg melihat pada penguasanya sesuatu yg tak
ia sukai dari kemungkaran hendaknya ia bersabar, sungguh tiadalah seseorang
memisahkan diri dari jamaah muslimin lalu ia wafat maka ia wafat dengan
kematian jahilyah” (Shahih Bukhari Bab Ahkam)

Sabda Rasulullah saw : “dengar dan patuhlah bagi seorang muslim selama ia tak
diperintah berbuat maksiat, bila ia diperintah berbuat maksiat maka tak perlu
dengar dan patuh” (Shahih Bukhari Bab Ahkam)

Kesimpulannya adalah Rasulullah saw dan kesemua para Imam dan Muhaddits
ahlussunnah waljamaah tidak satupun menyerukan pemberontakan dan perpecahan umat mengikut parti,
selama pemimpin mereka muslim maka jika diperintah maksiat mereka tidak
perlu taat, bila diperintah selain dosa maka mereka taati..
bagi ulama yang memperjuangkan parti seperti ulama pas,itu satu ijtihad mereka dan kita tidak salah kan mereka bahkan kita menghormati mereka dan semangat mereka ingin perjuangkan islam,jadi dalam soal ni,kita kena berlapang dada,pejuang politik tak boleh sama sekali mencela ahli sunnah wal jamaah yang tidak ikut perjuangkan politik tapi lebih perjuangkan sunnah2 nabi dan kesatuan ummah atas nama islam kerana mereka ada dalil yang kuat dari lidah nabi sendiri...
manakala pejuang sunnah pula tidak layak mencela ijtihad pejuang parti kerana ijtihad dibenarkan dalam islam walaupun semua dalil mereka zhon(diragukan) dan tiada tsabit secara qat'ie sampai kepada rasulullah kerana tidak ada hadis yang bersetuju dengan sistem demokrasi dan politik kepartian...
untuk melihat hadis-hadis nabi berkenaan penolakan rasulullah terhadap sistem demokrasi dan juga sistem "undilah saya",sila rujuk kitab muntakhab ahadith bab ikramul muslimin tulisan syeikhul hadis maulana muahmmad yusuf khandahlawi dan juga kitab hayatus sohabah ditulis pengarang yang sama,serta sedikit di dalam kitab futuhussyam tulisan imam al-waqidi.

perjuangan parti islam ialah ijtihad yang kita hormati kerana bagi mereka ia satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim,dan kita juga mengundi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dari negara demokrasi,tapi kami tidak iktikad ia sebagai sebuah perjuangan sebenar....

kami(para ahlu sunnah) lebih kepada mentarbiyyah umat berkenaan akidah yang sahih,feqah yang sahih,dan tasawuf yang sahih,menumpukan perintah allah yang besar seperti solat,puasa,zakat,haji,adab,akhlak seperti yang ditarbiyyah rasulullah...kerana tak masuk neraka kalau tak mengundi dan ikut perjuangan parti,tapi konfem masuk neraka orang yang tak solat,puasa dan lain-lain....
jadi perkara yang lebih penting ditumpukan....

jika kami dapat berlapang dada dan menghormati perjuangan parti..maka pejuang parti jangan lah mencela kami...... 

note: nabi menjawab dan daku tunduk akur pada kekasih agung ku....

jangan menyokong dan jangan menentang.....itu akhlak nabi saw......


-Tamat-
Semoga kita semua diberi kefahaman mengenai perkara ini, insyaAllah.

Sunday 2 December 2012

Langit


Assalamualaikum sahabat2 sekalian, kali ni aku nak cerita sikit pasal satu ciptaan Allah yang sangat hebat ni iaitu langit. Langit merupakan salah satu ciptaan Allah yang sangat besar, luas, cantik , menakjubkan dan mempunyai tujuh lapisan. Bila kita tengok gambar yang kat atas ni pun, Subhanallah sungguh menakjubkan dan mengagumkan !

Jadi, hari ni tetiba hati aku ni tergerak nak post pasal langit mungkin sebab aku suka sangat dekat langit ni. Tiap kali aku jalan sorang2 aku suka pandang langit sebab bila aku pandang langit ia sangat menenangkan. Bila aku tension buat assignment kaa, buat kerja kaa, tension dengan macam2 benda kaa... biasanya aku akan cari port2 menarik dan duduk sorang2 kemudian pandang ke langit terutamanya pada waktu malam sebab time tu langit akan dihiasi bulan dan bintang2 yang terang. Aku akan pandang ke langit sambil menghayati sedalam-dalamnya dan berfikir ianya adalah satu ciptaan Allah yang sangat hebat ! MasyaAllah jika dihayati betul2 kadang2 aku boleh menangis. hehe

Tapi memang betul, dengan cara ni tension2 aku semua akan hilang dan perasaan aku akan kembali tenang. Kalau tak percaya cuba korang try lah, kalau nak feel lagi pergi baring atas rumput lepas tu pandang ke langit kemudian cuba menghayatinya sambil berfikir tentang kebesaran dan keagungan ciptaan Allah. MasyaAllah......... sangat2 best.. kalau ada burung terbang tu lagi best tapi kena hati2 la takut ada benda putih2 jatuh atas kepala nanti. hehe

Cuba bayangkan macam mana besarnya langit ni.. mesti tak boleh bayangkan kan ? ok sekarang cuba bayangkan kapal terbang yang agak besar lah, kemudian kita jalan dari kepala kapal terbang sampailah ekor dia, mesti ambil masa jugak lah kan dalam beberapa minit untuk jalan dari kepala sampai ekor dia. Tapi bila kapal terbang yang besar ciptaan manusia ni terbang di langit yang luas, kapal terbang ni macam habuk jea kat langit tuh.. punya kecik kapal terbang ni bila dibandingkan dengan langit ciptaan Allah.. AllahuAkbar!

Mari kita fikir sejenak bagaimana hebatnya Allah ciptakan langit ni. Allah ciptakan langit dengan 7 lapisan, Allah juga cipta langit yang sangat luas dan besar, Allah juga menciptakan langit tanpa tiang. Selama kita hidup ni pernah tak kita dengar cerita pasal kapal terbang kemalangan langgar tiang langit ?? Tak pernah kan? Kalau pernah cuba lempang pipi anda kuat2 kerana mungkin anda sedang bermimpi.

Tahun lepas, aku ada iktiqaf di satu masjid di serendah selama 3 hari seperti yang aku pernah cerita sebelum ini. Ketika itu aku sempat la juga berjumpa dengan beberapa orang ulama', sorang dari Bangladesh dan lagi sorang dari Malaysia sendiri dan beliau merupakan seorang mudir(pengetua) sebuah madrasah di Balik Pulau, Penang. Aku panggil dia Ust Abu Bakar dan beliau seorang yang fasih dalam banyak bahasa termasuk bahasa Urdu.

Aku ingat lagi Ust Abu Bakar cerita dalam bayan(kuliah) subuh tentang bagaimana besarnya langit yang Allah cipta ni. Dia buat perumpamaan langit pertama dengan bumi umpama sebiji bola dengan padang bola yang luas, kemudian dibandingkan pula langit pertama dengan langit kedua juga umpama sebiji bola dengan padang bola, begitu juga langit kedua dengan langit ketiga, ketiga dengan keempat dan seterusnya. Perumpamaan yang sama digunakan sehinggalah langit ketujuh dan diatas langit ketujuh itu terletak arasyh Allah yang sangat besar. Dia cerita sampai sini dan terus mengalirkan air mata dan menangis. Cuba bayangkan seorang ulama' baru cerita pasal langit dah menangis, belum lagi pasal kebesaran2 Allah yang lain.  Aku yang dengar ni pun meleleh jugak la air mata. AllahuAkbar..

Jadi sahabat2 sekalian, marilah kita berfikir sejenak tentang kebesaran2 Allah buat seketika. Sungguh banyak kebesaran Allah disekeliling kita, bukan sahaja disekeliling tapi yang ada kat badan kita pun kebesaran Allah juga. Kalau boleh banyak lagi nak cerita tapi sikit2 sudah la ye.. insyaAllah nanti aku kongsi cerita lain pulak. Nanti rajin2 la luangkan sedikit masa untuk berfikir tentang kebesaran Allah.