Saturday 17 December 2011

Keadaan Di Alam Kubur


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk di jual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Tanya pemuda itu. "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan Muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab dan ditanya oleh Allah SWT. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."


Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sekawaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Hormatilah kedua ibu bapa kita...

"Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" Tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah SWT kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, walaupun amalan sebesar zarah.

Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat."

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata," Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas nuka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."

Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bau wangi-wangian dari syurga secara berterusan. 

Apabila seseorang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, "Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci, Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku."

Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudia tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan keatasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.

Jadi sahabat-sahabatku..
Perbanyakkan lah mengingati maut..
Orang yang pandai adalah orang yang bersia-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Dari Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah SAW bersabda:
"Perbanyakkanlah kamu sekalian mengingati sesuatu yang melenyapkan segala kelazatan, yakni MAUT".
(Riwayat At-Turmudzy)


Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Jadi renung-renungkan lah sahabat-sahabat ku...

Tuesday 13 December 2011

Perbualan antara Iblis dan Rasulullah SAW


(Dari Muadz Bin Jabal dari Ibn Abbas)
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah :

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk ? Sebab kalian akan memerlukan aku."

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil ?"

Kami menjawab: "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan,  "Itu Iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar al-Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah."

Baginda menahannya: "Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat ? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan oleh Allah untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan denga baik."

Ibnu Abbad RA berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang lelaki tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya hanya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin... "

Rasulullah SAW lalu menjawab: "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu ?"

Iblis menjawab: "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

Siapa yang memaksamu?"
"Seorang malaikat dari utusan Allah telah mendatangiku dan berkata :

"Allah SWT memerintahkan kamu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali sahaja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak engkau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."


Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya?"
"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"lalu siapa lagi?"
"Orang Aliim dan wara' "

"lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluh akan kesulitannya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya?"
"Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluh akan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya?"
"Ia mengambil kekayaan dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
"Ia tidak pernah menurutku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar Bin Khattab?"
"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur."

"Usman Bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."

"Ali Bin Abi Talib?"
"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya, tetapi dia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Talib selalu berzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis


"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak menunaikan solah?"
"Aku merasa panas dingin dan gementar."

"Kenapa?"
"Sebab, setiap seorang hamba bersujud satu kali kepada Allah, Allah mengangkat 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."

"Jika ia berhaji?"
"Aku seperti orang gila."

"Jika ia membaca alQuran?"
"Aku merasa meleleh laksana timah diatas api."

"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa bisa begitu?"
"Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya. Iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"Suara kuda perang dijalan Allah."



"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"
Istighfar siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"Sedekah yang diam-diam."

"Apa yang dapat menusuk matamu?"
"Solat Fajar (Solat Subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu?"
"Solat berjemaah."

"Apa yang paling menggangumu?"
"Majlis para ulama'."

"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"
"Di bawah kuku manusia."


Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"
"Pemakan riba' ."

"Siapa sahabatmu?"
"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"
"Pemabuk."

"Siapa tamumu?"
"Pencuri."


"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu?"
"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Oran Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : 
"Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."

Iblis segera membalas:
"Tidak, tidak.. tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa orang yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas."
"Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya."
"Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh kepadaku."


Iblis Dibantu oleh 70,000 Anak-Anaknya

"Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70,000 anak. Dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama'. Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang-orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita-wanita tua, sebahagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama' hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia menguar-uarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya."

Syaitan jugak berkata, "keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.

"Mereka, anak-anakku selalu menyusup dan berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain, dari satu pintu ke pintu yang lain untuk menggoda manusia sehingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur."

Cara Iblis Menggoda

"Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gossip) dan Namiah (Adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimah, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka menglengah-lengahkan solat. Setiap ia hendak bendiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkan kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu', iapun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelu imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan berubah menjadi wajah keldai.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan iapun semakin taat kepadaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, "Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat."

Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.

Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?"



10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa perkara yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 perkara"

"Apakah perkara itu?"

"Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan."

Allah berfirman,

"Dan husunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.
( Al-Isra' : 64)

"Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba' , aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikan aku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku."

Allah berfirman,

"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."
( Al-Isra' : 27)

"Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat.

Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat."

Iblis berkata: "Wahai Muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda.

Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun...!!!

Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya."

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :

"Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat.
Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya.
( Huud : 118-119 )

juga membaca

"Tidak ada suatu keberatanpun atas Nabi tentang apa yang telah ditetapkan oleh Allah baginya. (Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnah-Nya pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.
(Al-Ahzab : 38 )

Iblis lalu berkata :
"Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Sampaikanlah risalah ini kepada saudara-saudara kita, agar mereka dapat memahami dengan jelas, apakah tugas-tugas Iblis atau Syaitan. Sehingga kita semua dapat mengetahui dan dapat mencegahnya dan tidak menuruti bisikan dan godaan Iblis atau Syaitan.

Mudah-mudahan kita semua tidak  tergolong dalam golongan pengikut-pengikut Iblis laknatullah dan juga tidak kufur kepada Allah SWT ! Sama-samalah kita renungkan adakah kita mahu menurut semua perintah Allah dan rasulNya atau kita mahu terus dibuai oleh godaan-godaan Iblis. Wallahualam

Wednesday 30 November 2011

Takutlah Hanya Kepada Allah


Kisah Nabi Muhammad SAW

Hazrat 'Aishah r.anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan zahir perubahan pada wajah Nabi Muhammad SAW. Wajah Baginda akan menjadi pucat. Baginda akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca doa ini,

"Ya Allah, aku memohon daripadaMu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung denganMu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada dalamnya dan keburukan yang Engkau kirim dengannya."

Apabila hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi SAW. Saya bertanya, "Wahai Rasulullah, apabila melihat awan, semua orang akan bergembira kerana awan ialah tanda akan turun hujan, sebaliknya tuan kelihatan gelisah."

Baginda bersabda, "Wahai Aishah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum Ad' telah diazab dengan perantaraan angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata, "Awan itu akan membawa hujan untuk kami." Sedangkan dalam angin itu ada azab."

Allah berfirman:
"Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, 'Ini ialah awan yang membawa hujan kepada kita.' (Mendengarkan kata-kata yang demikian Nabi Hud a.s berkata) "Tidak, bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan iaitu azab yang tidak terperi sakitnya. Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya." (Setelah azab itu menimpa mereka) maka mereka menjadi (punah-ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikian Kami membalas kaum yang berdosa."
(al-Ahqaf : 24 & 25)

Keterangan
Inilah sifat takut kepada Allah yang ada pada diri Rasulullah Saw. Walaupun daripada sabdaan Baginda sendiri menunjukkan bahawa Baginda ialah 'Saiyyidul-Awwalin-wal-Akhirin' (yang bermaksud penghulu semua orang yang terdahulu dan terkemudian). Dalam kitab suci al-Quran pun ada ayat yang menyatakan bahawa Allah tidak akan mengazab umat ini selagi Nabi Muhammad SAW bersama mereka. Sungguhpun Allah telah berjanji demikian namun apabila Baginda melihat awan hitam atau ribut, Baginda masih teringatkan azab yang menimpa kaum yang terdahulu kerana ketakutan yang mendalam terhadap Allah.
Berdasarkan kisah ini, marilah kita melihat keadaan diri kita sendiri. Meskipun hampir setiap masa kita terlibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi dan pelbagai macam azab lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu. Kita juga tidak menyibukkan diri kita degan taubat, istighfar dan solah tetapi sebaliknya kita menyibukkan diri dengan pelbagai kajian yang sia-sia.


Kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Hazrat Rabi'ah Aslami r.anhu menceritakan, "Pernah sekali berlaku pertengkaran antara  saya dengan Hazrat Abu Bakar r.anhu kerana sesuatu perkara. Beliau telah mengatakan sesuatu yang kasar terhadap saya yang saya tidak suka. Beliau segera menyedari keadaan itu dan berkata pada saya, "Engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya."

Saya enggan mengatakan perkataan itu. Maka beliau pun berkata, "Sama ada engkau katakan perkataan itu kepada saya ataupun saya akan pergi dan ajukan perkara ini kepada Rasulullah SAW."

Saya tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan. Lantas beliau bangun dan terus pergi. Beberapa orang daripada Bani Aslam datang dan berkata, "Adakah ini satu perbuatan yang wajar? Dia yang membuat kesilapan dan dia juga yang ingin adukan kepada Rasulullah SAW."

Saya menjawab, "Adakah kamu mengetahui siapa beliau? Beliaulah Hazrat Abu Bakar Siddiq r.anhu. Sekiranya beliau merajuk denganku maka Rasul yang dikasihi Allah juga akan memarahi aku. Dengan kemarahan Baginda, Allah juga akan memurkai aku. Jika demikian, tidak ada apa-apa keraguan lagi pada kebinasaan Rabi'ah."

Selepas itu saya pergi menemui Rasulullah SAW dan menceritakan peristiwa tadi. Baginda pun bersabda, "Tindakan kamu itu betul, memang sepatutnya engkau tidak menjawab dan tidak membalas terhadap beliau. Cuma sebagai ganti katakanlah, "Wahai Abu Bakar, semoga Allah mengampuni kamu."

Keterangan
Demikian itulah sifat ketakutan Hazrat Abu Bakar r.anhu kepada Allah SWT. Beliau begitu risau dan mengambil berat tentang satu perkataan yang remeh sehingga pada mulanya beliau sendiri yang meminta supaya dibalasi dan kemudian perantaraan Rasulullah SAW, beliau ingin supaya Hazrat Rabi'ah r.anhu mengambil tindak balas. Pada hari ini, sungguhpun banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pun terfikir yang kita akan dibalasi atau pun kita akan dihisab di akhirat nanti.


Kisah Saidina Umar al-Khattab

Hazrat Aslam r.anhu hamba kepada Hazrat 'Umar r.anhu menceritakan, "Pada suatu ketika, sedang saya dan Hazrat 'Umar r.anhu berjalan menuju Harrah (satu tempat berhampiran dengan Madinah). Di suatu tempat kelihatan api yang sedang menyala di padang pasir. Hazrat 'Umar r.anhu berkata, "Mungkin itu ialah kafilah yang tidak sempat masuk ke bandar kerana waktu malam. Marilah kita pergi melihat keadaan mereka dan menguruskan keselamatan mereka pada waktu malam."

Setiba di sana, kelihatan seorang wanita bersama beberapa orang anaknya yang sedang menangis dan meraung-raung. Terdapat satu periuk yang penuh dengan air diletakkan di atas dapur yang sedang menyala. Beliau telah memberi salam dan meminta izin lalu menghampiri mereka dan bertanya, "Kenapakah budak-budak ini menangis?"

Wanita itu menjawab, "Mereka menangis kerana tersangat lapar." Hazrat Umar r.anhu bertanya lagi, "Apakah yang ada di dalam periuk?" Wanita itu menjawab, " Hanya air yang diisikan dan diletakkan di atas api untuk menenangkan mereka supaya mereka tidur. Hanya Allah yang akan membuat keputusan antara aku dengan Amirul Mukminin 'Umar r.anhu kerana beliau tidak menghiraukan kesempitanku."

Hazrat Umar r.anhu mula menangis dan berkata, "Semoga Allah merahmatimu. Bagaimana 'Umar dapat mengetahui keadaanmu?" Wanita itu berkata lagi, "Dia amir kami tetapi masih tidak mengambil tahu hal kami?"

Hazrat Aslam r.anhu menceritakan, "Hazrat Umar r.anhu telah membawa aku pulang bersama beliau dan telah mengisi satu karung dengan tepung, kurma, minyak sapi dan beberapa helai pakaian serta sedikit wang. Beliau telah memenuhkan karung itu. Kemudia beliau berkata, "Letakkan karung ini di atas belakangku." Saya berkata, "Biarkan saya yang membawa karung ini."

Beliau berkata, "Tidak ! Letakkan di belakangku." Apabila saya mendesak dua tiga kali, beliau berkata, "Adakah engkau yang akan memikul bebananku pada hari kiamat nanti? Akulah yang akan memikul bebananku pada hari kiamat kerana akulah yang akan disoal tentangnya."


Saya dengan berat hari telah meletakkan karung itu di atas belakang beliau. Lantas beliau telah menuju dengan pantas sekali ke arah tempat wanita tersebut. Saya pun pergi bersama beliau. Sebaik sahaja sampai di sana beliau telah memasukkan tepung, sedikit minyak sapi dan buah tamar ke dalam periuk itu dan mula mengacaunya. Beliau sendiri yang meniup dapur itu. Hazrat Aslam r.anhu berkata, "Aku lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal."

Sehinggalah harirah yakni bubur gandum manis telah tersedia. Selepas itu beliau telah mengeluarkan makanan itu dengan tangannya sendiri dan kemudian memberi budak-budak itu makan. Setelah mereka betul-betul kenyang, mereka pun bermain dengan riang. Baki makanan yang masih tinggal diserahkan kepada mereka untuk dimakan kemudian. Wanita itu sangat gembira dan berkata, "Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan. Kamulah lebih layak menjadi khalifah daripada 'Umar."

Hazrat 'Umar r.anhu telah menyenangkan hati wanita itu dengan berkata, "Apabila kamu datang berjumpa khalifah, kamu juga akan menemui saya di sana." Beliau menjauhkan diri sedikit dari wanita itu dan duduk di atas bumi. Selepas duduk beberapa ketika beliau pun pulang sambil berkata, "Aku duduk di situ kerana aku telah melihat mereka dalam keadaan menangis, hatiku ingin benar agar dapat melihat mereka dalam keadaan gelak ketawa."

Keterangan
Demikianlah keadaan Hazrat 'Umar r.anhu yang takut kepada Allah. Meskipun nama beliau sahaja sudah cukup ditakuti dan digeruni oleh raja-raja yang besar. Hari ini, walaupun lebih 1300 tahun telah berlalu, kehebatan beliau masih diakui. Dewasa ini, bukan setakat raja ataupun pemerintah, malah adakah ketua yang biasa sanggup melakukan demikian kepada orang bawahannya?


Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang takutkan Allah, semua makhluk akan takut kepadanya, dan sesiapa takutkan kepada sesuatu selain daripada Allah maka semua makhluk akan menakutkannya."




Monday 28 November 2011

Adakah Kita Terkecuali ?




Terdapat tiga orang sahabat baik yang berlainan kos di sebuah universiti.
Ahmad merupakan pelajar kos tafsiran alQuran dan Hadis, Badrul pula pelajar kos kejuruteraan awam manakala Saiful pula pelajar kos sains hayat.

Pada suatu hari, Badrul mengajak sahabat-sahabat baiknya itu pergi makan. Ketika mereka hendak makan,

Ahmad : Jom kita baca doa sebelum makan bersama-sama.   
Badrul : Engkau lah baca Ahmad, engkau kan pelajar kos agama.
Saiful : YA ! Setuju !

Ahmad menuruti sahaja kehendak sahabat-sahabatnya itu lalu dia mengetuai bacaan doa dan begitulah berlaku seterusnya. Setiap perkara yang mereka buat, Ahmad sahajalah yang mengetuai atas dasar Ahmad pelajar 'kos agama'

Sampai satu ketika, di sebuah restoran ketika mereka hendak membuka puasa..

Ahmad : Badrul, sekarang engkau pula yang mengetuai bacaan doa.
Badrul : Haish.. tak nak la, engkau lah Ahmad, engkau lebih layak kerana engkau kos agama. Tak pun Saiful je la yang baca (sambil menuding jari ke arah Saiful)
Saiful : Eh ! Kenapa aku pulak ?? Engkau lah Ahmad, engkau kan kos agama. Takkan tak boleh kot ^_^
Ahmad : Ok la , aku lah yang baca, dekat akhirat nanti memang aku je yang akan dihisab kan ?? Aku ok je ^_^
Badrul & Saiful : Errrr.. 

Di hari berikutnya....

Ahmad : Jom kita dengar tazkirah sama-sama ^_^
Badrul : Errr... Takpe la.. Engkau je  la yang pergi. Engkau kan kos agama. Orang macam aku ni tak pergi pun xpe.. aku bukan kos agama.
Saiful : Betul cakap Badrul tu. Lagipun aku busy dengan assignment aku, next week dah nak exam. Yang lebih afdhal engkau je lah Ahmad yang pergi.. Lagipun memang ada kaitan dengan kos ko kan ? hehehe

Mendengar jawapan sahabat-sahabatnya itu Ahmad berasa dia perlu menjelaskan sesuatu kepada sahabat-sahabatnya itu.

Ahmad : Boleh aku cakap sikit ? ^_^

"Kenapa korang selalu kaitkan aku dengan kos yang aku ambil? Adakah di hari akhirat nanti Allah menilai kita melalu kos yang kita ambil? Cara korang bercakap seolah-olah orang yang mengambil kos agama sahaja yang akan dihisab.

Maksudnya orang kos agama macam aku ni sahaja yang akan masuk syurga. Betul tak ?

Ye la.. semua perkara baik aku kena buat disebabkan aku kos AGAMA. Bukan ke korang juga perlu berusaha untuk kumpul pahala?

Aku ambil kos ni pun bukan sebab aku pakar dalam agama. Cuma aku mahu mengenali Islam dengan lebih mendalam kerana sebelum ini aku tidak begitu ambil berat tentang agama. Sebab tu la aku apply kos ni supaya aku dapat mendalami Islam dan kembali ke jalan yang diredhaiNya.

Tidak semestinya kos selain dari kos agama tidak diredhai Allah. Asalkan kita buat kerana Allah, pasti Allah juga akan redha dengan kita dan sentiasa bersama kita.

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, kita adalah Muslim ! Dilahirkan sebagai seorang Islam sejak dari lahir lagi dan ini tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Kita jangan hanya Islam hanya pada nama dan IC, Islam juga pada hati dan terapkan di dalam diri dan amalan harian kita. Barulah kita menjadi orang Islam yang sejati !

Ada juga orang yang ambil kos agama tapi masih kurang ilmuya, ada juga orang ambil kos selain daripada agama tetapi banyak ilmunya. Tapi bukanlah itu yang dinilai oleh Allah tetapi sejauh mana kesungguhan kita untuk mendapatkan keredhaan Allah. Allah hanya memberi hidayah kepada orang yang mencari dan berusaha untuk mendapat keredhaanNya, bukan berdasarkan kos yang kita ambil dan apa yang kita belajar." 



Badrul mula menitiskan air mata manakala Saiful tunduk malu..

Kemudian Ahmad meninggalkan sahabat-sahabatnya untuk pergi ke tempat tazkirah. Selang beberapa langkah Ahmad meninggalkan sahabat-sahabatnya, tiba-tiba dia mendengar Badrul dan Saiful menjerit "Tunggu kami Ahmad ! Kami ingin ke tempat tazkirah juga ! Mulai hari ini kami akan berusaha untuk mendekati Islam dengan lebih mendalam lagi.. Terima kasih atas peringatan yang engkau beri.."

Ahmad : Bersyukurlah kepada Allah. Dia masih lagi memberi kita peluang untuk berubah dan mencari jalan yang diredhaiNya.


Sumber : Dari facebook seorang sahabat. 


*Kisah benar. Inilah realiti kehidupan kita. Belajar agama jika kita sekolah agama atau kos agama sahaja. Semoga dapat diambil iktibar untuk muhasabah dan mujahadah kita bersama. InsyaAllah. ^_^


Sayidina Ali:
“Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”

"Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah)." [Al-Qalam, 68:8]

"Dan janganlah mereka (yang ingkar) dapat menghalangmu (daripada menyampaikan dan beramal dengan) ayat-ayat Allah sesudah ia diturunkan kepadamu; dan serulah manusia kepada (agama) Tuhanmu; dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik." [Al-Qasas, 28:87]