Sunday 2 December 2012

Langit


Assalamualaikum sahabat2 sekalian, kali ni aku nak cerita sikit pasal satu ciptaan Allah yang sangat hebat ni iaitu langit. Langit merupakan salah satu ciptaan Allah yang sangat besar, luas, cantik , menakjubkan dan mempunyai tujuh lapisan. Bila kita tengok gambar yang kat atas ni pun, Subhanallah sungguh menakjubkan dan mengagumkan !

Jadi, hari ni tetiba hati aku ni tergerak nak post pasal langit mungkin sebab aku suka sangat dekat langit ni. Tiap kali aku jalan sorang2 aku suka pandang langit sebab bila aku pandang langit ia sangat menenangkan. Bila aku tension buat assignment kaa, buat kerja kaa, tension dengan macam2 benda kaa... biasanya aku akan cari port2 menarik dan duduk sorang2 kemudian pandang ke langit terutamanya pada waktu malam sebab time tu langit akan dihiasi bulan dan bintang2 yang terang. Aku akan pandang ke langit sambil menghayati sedalam-dalamnya dan berfikir ianya adalah satu ciptaan Allah yang sangat hebat ! MasyaAllah jika dihayati betul2 kadang2 aku boleh menangis. hehe

Tapi memang betul, dengan cara ni tension2 aku semua akan hilang dan perasaan aku akan kembali tenang. Kalau tak percaya cuba korang try lah, kalau nak feel lagi pergi baring atas rumput lepas tu pandang ke langit kemudian cuba menghayatinya sambil berfikir tentang kebesaran dan keagungan ciptaan Allah. MasyaAllah......... sangat2 best.. kalau ada burung terbang tu lagi best tapi kena hati2 la takut ada benda putih2 jatuh atas kepala nanti. hehe

Cuba bayangkan macam mana besarnya langit ni.. mesti tak boleh bayangkan kan ? ok sekarang cuba bayangkan kapal terbang yang agak besar lah, kemudian kita jalan dari kepala kapal terbang sampailah ekor dia, mesti ambil masa jugak lah kan dalam beberapa minit untuk jalan dari kepala sampai ekor dia. Tapi bila kapal terbang yang besar ciptaan manusia ni terbang di langit yang luas, kapal terbang ni macam habuk jea kat langit tuh.. punya kecik kapal terbang ni bila dibandingkan dengan langit ciptaan Allah.. AllahuAkbar!

Mari kita fikir sejenak bagaimana hebatnya Allah ciptakan langit ni. Allah ciptakan langit dengan 7 lapisan, Allah juga cipta langit yang sangat luas dan besar, Allah juga menciptakan langit tanpa tiang. Selama kita hidup ni pernah tak kita dengar cerita pasal kapal terbang kemalangan langgar tiang langit ?? Tak pernah kan? Kalau pernah cuba lempang pipi anda kuat2 kerana mungkin anda sedang bermimpi.

Tahun lepas, aku ada iktiqaf di satu masjid di serendah selama 3 hari seperti yang aku pernah cerita sebelum ini. Ketika itu aku sempat la juga berjumpa dengan beberapa orang ulama', sorang dari Bangladesh dan lagi sorang dari Malaysia sendiri dan beliau merupakan seorang mudir(pengetua) sebuah madrasah di Balik Pulau, Penang. Aku panggil dia Ust Abu Bakar dan beliau seorang yang fasih dalam banyak bahasa termasuk bahasa Urdu.

Aku ingat lagi Ust Abu Bakar cerita dalam bayan(kuliah) subuh tentang bagaimana besarnya langit yang Allah cipta ni. Dia buat perumpamaan langit pertama dengan bumi umpama sebiji bola dengan padang bola yang luas, kemudian dibandingkan pula langit pertama dengan langit kedua juga umpama sebiji bola dengan padang bola, begitu juga langit kedua dengan langit ketiga, ketiga dengan keempat dan seterusnya. Perumpamaan yang sama digunakan sehinggalah langit ketujuh dan diatas langit ketujuh itu terletak arasyh Allah yang sangat besar. Dia cerita sampai sini dan terus mengalirkan air mata dan menangis. Cuba bayangkan seorang ulama' baru cerita pasal langit dah menangis, belum lagi pasal kebesaran2 Allah yang lain.  Aku yang dengar ni pun meleleh jugak la air mata. AllahuAkbar..

Jadi sahabat2 sekalian, marilah kita berfikir sejenak tentang kebesaran2 Allah buat seketika. Sungguh banyak kebesaran Allah disekeliling kita, bukan sahaja disekeliling tapi yang ada kat badan kita pun kebesaran Allah juga. Kalau boleh banyak lagi nak cerita tapi sikit2 sudah la ye.. insyaAllah nanti aku kongsi cerita lain pulak. Nanti rajin2 la luangkan sedikit masa untuk berfikir tentang kebesaran Allah.




No comments:

Post a Comment