Sunday, 22 July 2012

Makan Cara Rasulullah SAW Menyembuhkan Penyakit HIV


Assalamualaikum W.B.T

Setelah lama mendiamkan diri daripada menulis blog, kini hati aku tergerak  kembali untuk menyambung semula aktiviti menulis blog. Banyak peristiwa yang telah aku lalui dan kisah-kisah yang telah aku dengar sepanjang hidup aku sebagai seorang Daie Allah. Akhir tahun lepas aku telah keluar 3 hari di surau al-Mustaqim, Serendah dan aku telah bertemu dengan seorang kenalan yang berasal dari Kemboja. Beliau merupakan pelajar Alim di sebuah Madrasah di Kampung Sungai Buaya. Beliau telah menceritakan  tentang seorang "Mat Rempit" di Kemboja yang telah disahkan oleh doktor bahawa dia telah dijangkiti HIV tetapi penyakitnya telah sembuh setelah keluar khuruj 40 hari di jalan Allah. Jadi aku ingin berkongsi kisah ini dengan pembaca-pembaca supaya kita mendapat sedikit pengajaran dan manfaat daripada kisah ini.

Dia menceritakan bahawa si Mat Rempit ini suka berfoya-foya di kawasan perkampungannya. Pada suatu hari si Mat Rempit ini sedang merempit dan berakhir dengan kemalangan. Mat Rempit ini mengalami kecederaan di beberapa tempat di anggota badannya dan telah ditahan di dalam wad. Darahnya juga telah diambil oleh doktor untuk diperiksa. Setelah darahnya diperiksa, doktor telah mengesahkan bahawa si mat rempit ini telah dijangkiti virus HIV. 

Si mat rempit tadi sangat terkejut dan sangat menyesal dengan keputusan doktor itu. Dia sudah mula menyesal dan putus harapan dengan hidupnya. Setelah beberapa hari dia dihospital, kecederaannya beransur pulih tetapi dia tetap bersedih kerana dia percaya bahawa virus HIV yang ada pada dirinya tidak akan pulih buat selama-lamanya. Akhirnya si mat rempit ini telah dibenarkan pulang oleh doktor.

Di rumah dia sudah mula untuk berubah kerana sangat menyesal dengan perbuatannya dahulu. Dengan takdir Allah dia telah ditemukan dengan beberapa orang jemaah tabligh yang sedang keluar khuruj 40 hari di sekitar Kemboja. Jemaah itu mengajak si mat rempit keluar bersama. Si mat rempit ini setuju dan keluar bersama jemaah selama 40 hari.

Ketika bersama jemaah, dia mempelajari banyak perkara dan di antaranya ialah berwuduk, solat, mandi junub, doa-doa dan zikir-zikir harian dan beberapa amalan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ketika keluar 40 hari dia benar-benar dapat merasai kemanisan iman dan keindahan Islam yang  tidak pernah dirasainya sebelum ini.  Dia juga sangat terkesan dengan akhlak-akhlak jemaah yang  melayaninya dengan baik walaupun sewaktu dahulu dia seorang yang suka berfoya-foya dan suka merempit. Setiap perkara yang dipelajarinya ketika bersama jemaah dia akan cuba mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh. 

Antaranya ialah sunnah Rasulullah SAW ketika makan. Setiap kali makan dia akan duduk cara Nabi dan setiap kali selesai makan dia akan pastikan talam yang digunakan itu licin tanpa meninggalkan walaupun sebutir nasi. Jari-jarinya juga akan dijilat setelah selesai makan dan butiran-butiran nasi yang telah jatuh juga telah dikutip kembali lalu dimakan. Dia istiqamah mengamalkannya setiap kali ketika makan. 

Setelah 40 hari berlalu, si mat rempit ini pulang ke rumah. Dia telah banyak berubah. Dahulu dia hanya memakai seluar jeans koyak dan baju t-shirt ketat, kini sudah berjubah. dahulu dia memakai topi, kini dia susah berkopiah dan berserban. Dahulu matanya liar memerhati wanita-wanita, kini kepalanya sering kali tunduk tawajjuh kepada Allah Taala. Dahulu mukanya comot-comot dan sering ketawa keghairahan, kini mukanya mempunyai Nurr dan sentiasa dihiasi senyuman. Dahulu bauannya mengeluarkan bauan-bauan arak, kini bauannya mengeluarkan haruman-haruman kasturi.

Si mat rempit ini berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan maklumat terkini tentang virus HIV yang bersarang dalam jasadnya. Kemudian darahnya telah diambil kemudian telah dibawa ke makmal untuk pemeriksaan. Dengan izin Allah, ketika darahnya diperiksa, doktor itu mendapati bahawa virus HIV tidak dapat dikesan dalam darahnya itu seperti sebelum ini. Doktor itu mula bingung kemudian dia membuat 'double check' dan keputusannya tetap sama. Doktor itu membawa berita gembira kepada si mat rempit. Ketika mat rempit itu mendengar keputusan darahnya dari doktor itu dia terus menangis dan tanpa mempedulikan orang di sekitarnya dia terus sujud syukur kepada Allah Taala. Dia yakin apa yang berlaku semuanya dengan kudrat Allah. 

Doktor itu bertanyakan kepadanya apa yang telah dia lakukan? Si mat rempit menceritakan bahawa dia telah mengikuti jemaah 40 hari dan dia juga yakin dengan asbab amalan sunnah Nabi ketika makan yang dapat 'menghilangkan' virus HIV itu. Semuanya dengan izin Allah Taala. Begitulah kisahnya.

Jadi tiada apa yang mustahil bagi Allah. Allah juga pernah berfirman dalam surah Yaa Sinn ayat 82

A082
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.



SUBHANALLAH !

Jadi, marilah kita ambil sedikit iktibar daripada kisah ini. Kalau nak dibandingkan dengan aku pun jauh beza. Aku kalau makan kadang-kadang tak licin pun pinggan, kadang-kadang tak habis lepastu buang. Doa sebelum makan pun kadang-kadang lupa nak baca. Kalau yang sebelum pun lupa yang selepas lagi lah..  Nak kutip balik butiran nasi  yang jatuh pun kadang-kadang rasa jijik walhal yang jatuh tu la sebenarnya yang berkat sebab syaitan tepis. Syaitan tahu yang mana satu cebisan atau butiran makanan yang berkat jadi syaitan laknatullah ni cuba untuk mengelakkan manusia daripada memperoleh keberkatan. Jadi kita nak yakin sekarang ini bahawa dengan hanya cara mengikut sunnah Rasulullah SAW akan membawa kejayaan. 

Apa yang kita nampak pada hari ini sunnah-sunnah Nabi sudah tidak diamalkan. Manusia-manusia sekarang sudah mula makan menggunakan sudu dan garfu. Kalau makan sup tu boleh kira lagi tapi makan nasi pun nak pakai sudu garfu jugak ke ?

Kadang-kadang aku turun makan di kafe, order nasi goreng ayam, dah dapat nasi makan je la macam biase.. makan pakai tangan.. itu pun ada orang persoalkan "KENAPA KAU MAKAN NASI GORENG PAKAI TANGAN ? SUDU KAN ADA ??" Punyalah membara hati aku bila ditanya dengan soalan 'bijak' seperti itu. Patutnya aku yang tanya dia "KENAPA KAU MAKAN NASI GORENG PAKAI SUDU ? TANGAN YANG ALLAH BAGI KAN ADA??". Ini baru aku cerita pasal makan pakai tangan, belum lagi cerita pasal aku makan atas lantai kat dalam bilik, ade jugak orang tanya "KENAPA MAKAN ATAS LANTAI?? KERUSI DENGAN MEJA KAN ADA??". =.=

Dalam hati aku hanya dapat bersabar dan berdoa semoga mereka-mereka ini diberi hidayat dan kefahaman agama daripada Allah. Dari sini kita boleh nampak bahawa sunnah-sunnah Nabi pada zaman ini sudah dianggap ganjil oleh sebilangan besar umat manusia bahkan yang beragama ISLAM sendiri. 

Setakat ini sahajalah kisah yang ingin diceritakan. InsyaAllah aku akan berkongsi lebih banyak kisah dan peristiwa dengan kamu semua. Semoga kita mendapat iktibar dan memperoleh taufik dan hidayat drpd Allah untuk beramal dan sampaikan kpd umat Islam yang lain :)






Saturday, 17 December 2011

Keadaan Di Alam Kubur


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk di jual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Tanya pemuda itu. "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan Muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab dan ditanya oleh Allah SWT. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."


Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sekawaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Hormatilah kedua ibu bapa kita...

"Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" Tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah SWT kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, walaupun amalan sebesar zarah.

Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat."

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata," Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas nuka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."

Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bau wangi-wangian dari syurga secara berterusan. 

Apabila seseorang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, "Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci, Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku."

Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudia tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan keatasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.

Jadi sahabat-sahabatku..
Perbanyakkan lah mengingati maut..
Orang yang pandai adalah orang yang bersia-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Dari Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah SAW bersabda:
"Perbanyakkanlah kamu sekalian mengingati sesuatu yang melenyapkan segala kelazatan, yakni MAUT".
(Riwayat At-Turmudzy)


Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Jadi renung-renungkan lah sahabat-sahabat ku...