Wednesday, 21 November 2012

Boikot??? Perlukah???

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah . . .

semoga apa yang aku cuba nak sampaikan ni memberi manfaat kepada semua yang membaca dan tidak menimbulkan salah faham di antara kita.. saya juga nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya ada perkataan2 kasar di dalam post ini..

kali ini aku membuat keputusan untuk menaip tidak menggunakan kata2 yang skema seperti yang aku pernah buat sebelum ini kerana ia memerlukan masa yang lama untuk menyusun ayat.. jadi aku akan taip mengikut apa yang keluar kt otak aku dan terus sampai kan saje di sini.. kadang2 bila aku gunakan kata2 yang skema atau mengikut format orang kata aku ni budak skema.. aku memang cukup menyampah bila orang label aku ni budak skema.. dan aku juga malas nak buang masa dengan hanya untuk menyusun kata2.. kah3


ok back to the topic.. boikot.. perkataan ini cukup famous sekarang.. boikot sana, boikot sini.. dengar pasal israel jea.. boikot !! dengar pasal palestin jea.. boikot israel !! sungguh tinggi semangat orang yang memboikot nih.. semangat mereka harus diberi pujian kerana semangat untuk tidak menyokong israel..

tapi yang aku peliknya.. boikot ni jadi famous bila time negara2 islam diserang oleh israel.. aku rasa boikot pun terkejut macam mana tetiba dia boleh jadi famous.. tapi time xde apa2.. perkataan boikot ni tak pernah didengari pulak.. kenapa mesti macam tu ye ??? boikot ni bermusim ke ?? tapi bila palestin dah kena bom sana ! *poof* dengan magicnya perkataan boikot ni meluas ke serata dunia.. di facebook, twitter, surat khabar, blog, website2, radio, tv dan lain2 yg sewaktu dengannya.. tapi bila keadaan kembali reda atau cool.. perkataan boikot ni akan lenyap satu per satu.. nampak tak permainannya dia disitu ? ini namanya boikot bermusim.. kira sekarang ni musim boikot lah ye ? sebab apa ?? sebab palestin kena bomb sana.. ooo macam tu ye??  kalau palestin tak kena bomb ?? haa.. bak kata nabil.. lu pike la sendiri !

ok sekarang ni adakah boikot ni usaha yang baik?? bagi aku boikot ni memang usaha yang baik *demi untuk menjaga hati orang2 yg boikot*.. ^_^
sebab dengan boikot kita dapat menyekat sedikit pendapatan israel zionist ni untuk membeli kelengkapan senjata yang digunakan untuk menyerang palestin dan negara2 islam yang lain.. dengan boikot juga kita nak tunjuk keperihatinan kita terhadap apa yang terjadi dekat palestin..

tapi adakah boikot ni usaha utama kita untuk menentang atau menghancurkan Israel ?? atau sekadar usaha ikut2?? usaha bermusim ?? usaha sekadar "kita ni orang Islam.. jadi kena boikot laa" *sambil buat muka bangga* saya pasti dan pasti dan pasti jika orang Israel tengok orang Islam hanya sekadar macam ni.. mereka akan tergelak terbahak-bahak kerana secara jujurnya aku cakap boikot sikit pun takkan dapat menjejaskan pendapatan Israel zionist atau empayar Israel.. mereka mempunyai ramai backup2 besar seperti USA dan British..

jadi aku rasa mesti yang baca ni dah ada yang label aku sebagai orang yang memperlekehkan usaha boikot.. haha rilek dulu.. x habis citer lagi.. nak label apa2 pun label lah.. tapi baca biar habis..

jadi ada juga post2 di facebook dan laman2 sosial yg lain yang semakin famous dan di'share' dan di'like' berkenaan dengan usaha boikot ni dan usaha boikot itu dikaitkan dengan kisah seekor burung kecil yang menggunakan paruhnya yang kecil untuk dititiskan keatas bara api yang besar yang membakar nabi ibrahim a.s

postnya berbunyi begini :

"Boikot Produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak-anak muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia"
Kata-kata dari manusia yang 'bijak' pandai ..

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung-burung yang lain.

"Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas: "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepada ku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine, Syria, Burma atau dimana saja yang sedang terseksa itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng, burger dan satu cup pepsi mahupun godaan-godaan lain


post yang sangat menarik kan ? aku sangat suka dengan post ini dan aku sangat setuju dengan post ini dan perumpamaan kisah ini sangat sama dengan isu boikot yang terjadi sekarang.. dan boleh dikatakan sebijik lah.. apa yang kita nampak.. burung yang kecil yang cuba titiskan air tu macam kita la orang2 yang x mampu buat apa2 melainkan dengan boikot.. kemudian burung2 lain yang gelak2 tu pulak macam orang-orang yang memperlekehkan la usaha boikot tu (bukan aku).. jadi kesimpulannya perumpamaan ini memang tepat dan saya sokong 100% dengan post ini.. usaha burung kecil ini memang sama dengan usaha boikot kita.. nampak sia2 tapi ada sebab dia kenapa kita buat kan ?

TAPI !

yang sama usaha je... kita ni dengan burung kecik tu sama ke ?
burung kecik tu kena solat macam kita ke ?
burung kecik tu kena puasa macam kita ke ?
burung kecik tu kena jadi khalifah ke kat muka bumi ni ?
burung kecik tu ada dosa pahala ke ?
burung kecik tu boleh disesatkan ke ?
burung kecik tu kena soal ke dalam kubur nanti ?
burung kecik tu kena timbang amalan dia ke ?
burung kecik tu nak kena lintas titian sirat jugak ke ?
senang citer burung kecik tu haiwan dan kita ni MANUSIA !

burung kecik tu jugak ada kata "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepada ku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku USAHAKAN untuk memadamkannya."

saya tak nafikan bahawa kt mahsyar nanti Allah pasti akan tanya usaha kita untuk saudara-saudara kita.. tapi kita jangan lupa tentang soalan-soalan yang pasti akan ditanya ketika kita di dalam kubur kelak..

siapa Tuhan kamu ? jawapan dia Allah
macam mana kita nak jawab kalau kita tak melaksanakan perintah-perintah Allah dan tak meninggalkan larangan-larangan Allah?? malahan Allah pun xde dalam hati kita ? macam mana kita nak jawab yg tu ? apa USAHA kita untuk jawab soalan ni ? burung kecik tu kena soal macam ni ke?

siapa nabi kamu ? jawapan dia Nabi Muhammad SAW
macam mana kita nak jawab kalau sunnah baginda semua kita tinggalkan.. kita memperlekehkan sunnah2 baginda.. usaha2 baginda pun kita tak lakukan ? semua amalan sunnah2 baginda dari bangun tidur sampai tidur balik pun kita tak amalkan ? apa USAHA kita untuk jawab soalan ni ? burung kecik tu kena soal macam ni ke ?

siapa saudara kamu ? jawapan dia muslim2 yang mempunyai sama kalimah dengan kita
macam mana kita nak jawab kalau kita tak mengasihi antara satu sama lain ? xde sifat satu ummat dalam diri ?? sampai sekarang pun masih bertelagah sesama sendiri ?? masing2 xnak mengalah nak memperjuangkan agenda masing2 ? apa USAHA kita untuk jawab soalan ni ? burung kecik tu kena soal macam ni ke ?

di manakah qiblat kamu ? jawapan dia baitullah kaabah.
macam mana kita nak jawab soalan ni kalau solat 5 waktu pun kita tak tunaikan ? solat pun selalu tinggal ?? solat pun ikut mood ?? yang lelaki solat jemaah di tempat yang dilaungkan azan pun punya berat kaki nak pergi ? apa USAHA kita untuk jawab soalan ni ? burung kecik tu kena soal macam ni ke?

dan banyak lagi soalan2 PENTING yang akan ditanya kelak...

jadi sekarang ni point yang aku cuba nak sampaikan.. kemenangan umat Islam bukan terletak sebanyak mana kita derma, tukar dp fb/twitcon bagai, post sedih2 tentang palestin dan boikot yang dilakukan, tapi sejauh mana umat Islam itu kembali kepada Allah dan bertakwa kepada Allah dan jaga amalan2 wajib dan sunnat.. kalau SEMUA UMAT ISLAM bukak mata dan bangkit buat ni ! insyaAllah sekejap sahaja Israel Zionist tu akan lenyap dan percayalah perkara yang sama jugak yang akan diperjuangkan imam mahdi kerana apa yang saya nyatakan ni semuanya telah diusahakan oleh para nabi dan sahabat2 nabi yang telah menang perang hancurkan dua empayar besar dunia iaitu rom dan parsi.

macam mana para sahabat boleh hancurkan empayar2 besar tu ? apa beza dia dengan kita ? apa beza muslim dulu dengan sekarang ? apa beza Allah dulu dengan sekarang ? Allah yang SAMA yang memberi bantuan kepada mereka tetapi kenapa tidak sekarang ? kerana muslim di zaman dahulu mereka menjaga agama mereka, mereka penuhkan masjid 5 waktu, mereka bertebaran ke seluruh dunia untuk sebarkan agama, mereka menjaga batas pergaulan, mereka menjaga aurat dengan teliti, mereka mewajibkan diri mereka amalan2 sunat, mereka menjadi KEKASIH ALLAH dan apabila mereka menjadi kekasih Allah ! SELURUH 7 PETALA LANGIT ! 7 PETALA BUMI TELAH TUNDUK KEPADA MEREKA.

tapi sayangnya berbeza dengan kita hari ini yang solat 5 waktu pun tak jaga, jauh sekali solat sunat, quran pun tak reti baca jauh sekali nak khatamkannya tiap minggu, jantan betina bercampur sana sini bahkan dalam majlis agama sekali mereka bercampur.. aurat juga x dijaga, jika mereka tutup aurat tapi tidak menjaganya dengan menjadi model murahan di fb tanpa apa2 bayaran, jantan betina dimana-mana berpegangan tangan menempah neraka, zina menjadi biasa, amalan sunnah dianggap adat, golongan agama dicela, maka golongan seperti ini menjadi akan MUSUH ALLAH dan apabila mereka menjadi musuh Allah, SELURUH 7 PETALA LANGIT ! 7 PETALA BUMI akan hinakan kita. Sekarang mari kita lihat diri kita sendiri apakah kita menjadi kekasih Allah atau musuh Allah ??

kita hari ni sedih betol dgn saudara2 palestin kita dibunuh israel zionist tapi hakikatnya mereka menghantar mereka ke syurga.. yang mat rempit mati tengah jalan sambil dipeluk perempuan ntah dari mana2 itu yang patut kita tangisi. diri kita sendiri yang masih banyak lagi buat maksiat ni yang patut kita tangisi !

Jadi kawan2 inilah usaha kecil-kecilan yang saya maksudkan.. kita bermula dari akar atau bermula dari bawah.. nak buat bangunan pun kita kena buat basement dia dulu.. jadi akar bagi orang Islam ialah iman kita.. jadi kita perbetulkan balik iman dalam diri kita, kembali bertaqwa kepada Allah.. taat segala perintahNya tinggal segala laranganNya, betulkan amalan2 kita, betulkan akhlak kita, betulkan tingkahlaku kita.. kita perbaiki balik hubungan antara saudara2 muslim kita.. wujudkan sifat 1 ummat dalam diri kita..

kemudian baru kita beralih kepada usaha2 yang besar.. jika iman kita sudah bersedia insyaAllah mungkin kita akan pergi berjihad bantu saudara2 kita di sana..

THIS IS THE REAL EFFORT THAT WE MUST DO ! EACH OF US  !

jadi usaha2 manakah yang lebih menarik pertolongan Allah Ta'ala.. aku rasa korang pun boleh fikir sendiri. bukan nak memperlekeh usaha boikot.. usaha boikot tu bagus tapi jangan tinggal usaha yang paling bagus yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah..

kesimpulannya di sini... perlukah kita boikot ?? boikot itu perlu dilakukan sebab ia juga salah satu usaha sampingan.. tapi kita kena ingat tak guna kita buat usaha sampingan kalau kita tak buat usaha utama.. macam solat2 sunat juga.. apa guna kita buat solat2 sunat tapi solat wajib kita tak buat ?? bak kata UIB "aku boikot sebab taknak lepak lama2 kat padang mahsyar." oleh sebab itu kawan2.. teruskanlah memboikot, menderma dan lain2 usaha sampingan TANPA meninggalkan usaha2 yang UTAMA.

jadi kita jangan hanya pandai jadi geng2 sembang sahaja atau geng2 'keyboard warrior' yang hanya tahu  sembang  atau post macam2 kt fb tapi kita tak gerakkan diri kita untuk usaha atas iman kita.

akhir kata daripada aku, aku nak mintak maaf jika terlajak kata, tersalah bicara, tersasul apa2.. mintak maaf. jika aku salah tegurlah aku.. aku cuma sampaikan apa yang aku patut sampaikan.. insyaAllah pada masa2 akan datang aku akan post lagi perkara2 yang ingin aku kongsikan bersama anda2 yang membaca.. Assalamualaikum ^_^

Sunday, 22 July 2012

Makan Cara Rasulullah SAW Menyembuhkan Penyakit HIV


Assalamualaikum W.B.T

Setelah lama mendiamkan diri daripada menulis blog, kini hati aku tergerak  kembali untuk menyambung semula aktiviti menulis blog. Banyak peristiwa yang telah aku lalui dan kisah-kisah yang telah aku dengar sepanjang hidup aku sebagai seorang Daie Allah. Akhir tahun lepas aku telah keluar 3 hari di surau al-Mustaqim, Serendah dan aku telah bertemu dengan seorang kenalan yang berasal dari Kemboja. Beliau merupakan pelajar Alim di sebuah Madrasah di Kampung Sungai Buaya. Beliau telah menceritakan  tentang seorang "Mat Rempit" di Kemboja yang telah disahkan oleh doktor bahawa dia telah dijangkiti HIV tetapi penyakitnya telah sembuh setelah keluar khuruj 40 hari di jalan Allah. Jadi aku ingin berkongsi kisah ini dengan pembaca-pembaca supaya kita mendapat sedikit pengajaran dan manfaat daripada kisah ini.

Dia menceritakan bahawa si Mat Rempit ini suka berfoya-foya di kawasan perkampungannya. Pada suatu hari si Mat Rempit ini sedang merempit dan berakhir dengan kemalangan. Mat Rempit ini mengalami kecederaan di beberapa tempat di anggota badannya dan telah ditahan di dalam wad. Darahnya juga telah diambil oleh doktor untuk diperiksa. Setelah darahnya diperiksa, doktor telah mengesahkan bahawa si mat rempit ini telah dijangkiti virus HIV. 

Si mat rempit tadi sangat terkejut dan sangat menyesal dengan keputusan doktor itu. Dia sudah mula menyesal dan putus harapan dengan hidupnya. Setelah beberapa hari dia dihospital, kecederaannya beransur pulih tetapi dia tetap bersedih kerana dia percaya bahawa virus HIV yang ada pada dirinya tidak akan pulih buat selama-lamanya. Akhirnya si mat rempit ini telah dibenarkan pulang oleh doktor.

Di rumah dia sudah mula untuk berubah kerana sangat menyesal dengan perbuatannya dahulu. Dengan takdir Allah dia telah ditemukan dengan beberapa orang jemaah tabligh yang sedang keluar khuruj 40 hari di sekitar Kemboja. Jemaah itu mengajak si mat rempit keluar bersama. Si mat rempit ini setuju dan keluar bersama jemaah selama 40 hari.

Ketika bersama jemaah, dia mempelajari banyak perkara dan di antaranya ialah berwuduk, solat, mandi junub, doa-doa dan zikir-zikir harian dan beberapa amalan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ketika keluar 40 hari dia benar-benar dapat merasai kemanisan iman dan keindahan Islam yang  tidak pernah dirasainya sebelum ini.  Dia juga sangat terkesan dengan akhlak-akhlak jemaah yang  melayaninya dengan baik walaupun sewaktu dahulu dia seorang yang suka berfoya-foya dan suka merempit. Setiap perkara yang dipelajarinya ketika bersama jemaah dia akan cuba mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh. 

Antaranya ialah sunnah Rasulullah SAW ketika makan. Setiap kali makan dia akan duduk cara Nabi dan setiap kali selesai makan dia akan pastikan talam yang digunakan itu licin tanpa meninggalkan walaupun sebutir nasi. Jari-jarinya juga akan dijilat setelah selesai makan dan butiran-butiran nasi yang telah jatuh juga telah dikutip kembali lalu dimakan. Dia istiqamah mengamalkannya setiap kali ketika makan. 

Setelah 40 hari berlalu, si mat rempit ini pulang ke rumah. Dia telah banyak berubah. Dahulu dia hanya memakai seluar jeans koyak dan baju t-shirt ketat, kini sudah berjubah. dahulu dia memakai topi, kini dia susah berkopiah dan berserban. Dahulu matanya liar memerhati wanita-wanita, kini kepalanya sering kali tunduk tawajjuh kepada Allah Taala. Dahulu mukanya comot-comot dan sering ketawa keghairahan, kini mukanya mempunyai Nurr dan sentiasa dihiasi senyuman. Dahulu bauannya mengeluarkan bauan-bauan arak, kini bauannya mengeluarkan haruman-haruman kasturi.

Si mat rempit ini berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan maklumat terkini tentang virus HIV yang bersarang dalam jasadnya. Kemudian darahnya telah diambil kemudian telah dibawa ke makmal untuk pemeriksaan. Dengan izin Allah, ketika darahnya diperiksa, doktor itu mendapati bahawa virus HIV tidak dapat dikesan dalam darahnya itu seperti sebelum ini. Doktor itu mula bingung kemudian dia membuat 'double check' dan keputusannya tetap sama. Doktor itu membawa berita gembira kepada si mat rempit. Ketika mat rempit itu mendengar keputusan darahnya dari doktor itu dia terus menangis dan tanpa mempedulikan orang di sekitarnya dia terus sujud syukur kepada Allah Taala. Dia yakin apa yang berlaku semuanya dengan kudrat Allah. 

Doktor itu bertanyakan kepadanya apa yang telah dia lakukan? Si mat rempit menceritakan bahawa dia telah mengikuti jemaah 40 hari dan dia juga yakin dengan asbab amalan sunnah Nabi ketika makan yang dapat 'menghilangkan' virus HIV itu. Semuanya dengan izin Allah Taala. Begitulah kisahnya.

Jadi tiada apa yang mustahil bagi Allah. Allah juga pernah berfirman dalam surah Yaa Sinn ayat 82

A082
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.



SUBHANALLAH !

Jadi, marilah kita ambil sedikit iktibar daripada kisah ini. Kalau nak dibandingkan dengan aku pun jauh beza. Aku kalau makan kadang-kadang tak licin pun pinggan, kadang-kadang tak habis lepastu buang. Doa sebelum makan pun kadang-kadang lupa nak baca. Kalau yang sebelum pun lupa yang selepas lagi lah..  Nak kutip balik butiran nasi  yang jatuh pun kadang-kadang rasa jijik walhal yang jatuh tu la sebenarnya yang berkat sebab syaitan tepis. Syaitan tahu yang mana satu cebisan atau butiran makanan yang berkat jadi syaitan laknatullah ni cuba untuk mengelakkan manusia daripada memperoleh keberkatan. Jadi kita nak yakin sekarang ini bahawa dengan hanya cara mengikut sunnah Rasulullah SAW akan membawa kejayaan. 

Apa yang kita nampak pada hari ini sunnah-sunnah Nabi sudah tidak diamalkan. Manusia-manusia sekarang sudah mula makan menggunakan sudu dan garfu. Kalau makan sup tu boleh kira lagi tapi makan nasi pun nak pakai sudu garfu jugak ke ?

Kadang-kadang aku turun makan di kafe, order nasi goreng ayam, dah dapat nasi makan je la macam biase.. makan pakai tangan.. itu pun ada orang persoalkan "KENAPA KAU MAKAN NASI GORENG PAKAI TANGAN ? SUDU KAN ADA ??" Punyalah membara hati aku bila ditanya dengan soalan 'bijak' seperti itu. Patutnya aku yang tanya dia "KENAPA KAU MAKAN NASI GORENG PAKAI SUDU ? TANGAN YANG ALLAH BAGI KAN ADA??". Ini baru aku cerita pasal makan pakai tangan, belum lagi cerita pasal aku makan atas lantai kat dalam bilik, ade jugak orang tanya "KENAPA MAKAN ATAS LANTAI?? KERUSI DENGAN MEJA KAN ADA??". =.=

Dalam hati aku hanya dapat bersabar dan berdoa semoga mereka-mereka ini diberi hidayat dan kefahaman agama daripada Allah. Dari sini kita boleh nampak bahawa sunnah-sunnah Nabi pada zaman ini sudah dianggap ganjil oleh sebilangan besar umat manusia bahkan yang beragama ISLAM sendiri. 

Setakat ini sahajalah kisah yang ingin diceritakan. InsyaAllah aku akan berkongsi lebih banyak kisah dan peristiwa dengan kamu semua. Semoga kita mendapat iktibar dan memperoleh taufik dan hidayat drpd Allah untuk beramal dan sampaikan kpd umat Islam yang lain :)